Thursday, April 30, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

As salam..

Hai, kawan-kawan..

Apa khabar semua?
Semoga sihat dan baik semuanya.


PKP dilanjutkan kepada fasa 4.
Semoga kita semua patuhi dengan arahan pihak kerajaan untuk sama-sama memutuskan rantaian Covid19.

Walaupun UPSR pada tahun ini dibatalkan, Aimi masih ikuti sesi pembelajaran menerusi atas talian bersama cikgu. Alhamdulillah, disamping buat latihan dan ulangkaji di rumah. 
Gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya.

Salam Sayang
-Aimi-

PANTUN MELAYU

Indahnya pantun Melayu warisan zaman.


Sumber : FB Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Salam Sayang
-Aimi-

Sunday, April 26, 2020

QURAN TIME


"And HE is with you wherever you are'


1 hari 
1 juz
Khatam Ramadan.
In shaa Allah๐Ÿ’—
#Qurantime


Salam Sayang
-Aimi-


READ ME A BOOK: ASEAN - ROK IS READING

As salam..

Saya happy!
Saya adalah salah seorang sukarelawan yang menjayakan program ini.

Alhamdulillah...
MALAYSIA JUARA!!!!!!๐ŸŒน

Read Me A Book : ASEAN ROK is reading.
Melibatkan 9 negara Asean.
Cabaran anjuran National Library for Children and Young Adults, Republik Korea bermula dr 15 Januari - 23 April 2020.

Tahniah Malaysiaku!
Tahniah rakyat Malaysia!




Terima kasih kepada team "Yellow Apron' SK Sultan Ismail, Tuan GB Cikgu Mohd Suhaidi, Teacher Aminah Penolong Kanan Pentadbiran (1), teacher Nurul Majidah @ Mama Nilam Aimi,  Guru Media dan Perpustakaan SKSI yang sentiasa memberi tunjuk ajar Cikgu Rahim, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Perpustakaan Daerah Kemaman (Kak Ju dan semua staff), kawan-kawan yang sempat join dan bagi galakkan dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 

Terima kasih daun keladi๐ŸŒท

Salam Sayang
-Aimi-

Saturday, April 25, 2020

AWANI Jr. EKSKLUSIF

As salam..

Episod istimewa temubual eksklusif secara atas talian (online) antara wartawan TV PSS SKSI EDUWAVE TV, SK SULTAN ISMAIL KEMAMAN dan TV PSS SPARK TV CHANNEL, SMK PADANG KEMUNTING K. TERENGGANU bersama saudari Camilia Carbonnelle, pelajar Wellington International School Dubai, United Arab Emirates dalam program jalinan antarabangsa.
.
Bersama wartawan Awani jR, saya Aimi Qazrina 12 tahun dan Mohd Shafiq Sahari 17 tahun menghubungi secara langsung dengan beliau.
.
Live dibuat pada jam 8.30 malam waktu Malaysia dan 4.30 petang Dubai.
.
Awani jR merupakan inisiatif terbaharu Astro dlm menggalakkan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dlm bentuk penulisan dan multimedia.



.
Saksikan video penuh di sini ๐Ÿ‘‡

Friday, April 24, 2020

Resensi Buku Peringkat ASEAN

As salam...

Alhamdulillah.

Aimi berpeluang sertai Resensi buku peringkat ASEAN, sempena kempen duduk rumah: membaca dan menulis.


Siapa kata duduk rumah tak boleh pergi jauh sampai ASEAN?๐ŸŒˆ


Salam Sayang
-Aimi-
As salam..

TULIS PUISI TENTANG MEMBACA
#PuisiMembacaMBKM

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah menyertai acara ini.

Semua penulisan yang dihantar mestilah karya asli, tidak pernah disiarkan di mana-mana sumber media.




Ini adalah Puisi penyertaan Aimi๐Ÿ‘‡

Nama Murid: Aimi Qazrina Binti Ikbarol Hakim
Nama Sekolah: SK Sultan Ismail, Kemaman Terengganu
Tahun : 6 Mumtaz Elit
Tajuk Puisi: 'Bacalah Wahai Teman'๐ŸŒน

Membaca...
Dengan itu kamu memiliki ilmu,
Dengan itu kamu meraih kejayaan,
Dengan itu kamu disanjung tinggi.
Bacalah wahai teman-temanku...
Bacalah dengan penuh teliti,
Bacalah dengan penuh semangat,
Bacalah dengan penuh ikhlas,
Walau satu perkataan,
Seribu makna yang dibawa.

Membaca...
Menambah ilmu pengetahuanmu,
Membaca...
Mengisi masa lapangmu,
Membaca...
Meningkatkan kreativitimu,
Membaca...
Meningkatkan pencapaian bahasamu,
Membaca...
Meningkatkan perbendaharaan katamu,
Membaca...
Mengetahui berita dan isu semasa buatmu.

Bacalah wahai temanku...
Walau satu helaian,
Sampaikanlah kepada temanmu yang lain,
Pesan Nabi,
Sampaikanlah walau satu ayat,
Kerana ia..
Amatlah berharga.

Membaca...
Lebih banyak anda tahu,
Lebih banyak anda belajar,
Lebih banyak tempat anda jelajah.

Bacalah wahai temanku...
ANDA PASTI BERJAYA!

Teman membacamu♥️
-Aimi-

JOM BACA BERSAMA 2020

As salam...

23 April 2020 Khamis.
Aimi menyahut seruan Jom Baca Bersama 2020.

Slogan keluarga saya๐Ÿ‘‡

'KELUARGA MEMBACA, KELUARGA BERILMU'






Bangsa membaca, bangsa BERJAYA๐Ÿ˜


Salam Sayang,
-Aimi-

RAMADAN KAREEM

As salam..



Sungguh harum daun pandan,
Buah kurma dari Mekah,
Marhaban Ya Ramadan,
Bulan suci penuh berkah.


Salam Sayang
-Aimi-

Thursday, April 23, 2020

PERTANDINGAN DIY SEPANDUK JOM BACA BERSAMA 2020

As salam..

Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menganjurkan satu pertandingan DIY sepanduk sempena Jom Baca Bersama 2020.

Aimi pun turut serta join. 
Guna bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
Manfaatkan masa yang ada untuk lakukan sesuatu yang berfaedah๐Ÿ˜



Sepanduk daripada kotak terbuang.
Aimi tampal dengan kertas warna.
Kemudian, lukis dan gunakan bahan-bahan yang ada.


Cantik tak?




Salam Sayang
-Aimi-

SELAMAT HARI BUKU SEDUNIA 2020

As salam ..

23 April 2020
'Hari Buku Sedunia'


Salam Sayang
-Aimi-

COLLABORATION OF READING CULTURE (MALAYSIA & UAE)

As salam..

Hai..kawan-kawan!

Pada 19 April yang lepas telah diadakan satu diskusi di antara dua negara Malaysia & UAE bagi membincangkan serta bertukar pendapat mengenai isu Membaca- memupuk bangsa yang gemilang.


Saya, selaku Host pada malam itu mewakili SKSI Eduwave TV telah berganding bersama Syafiq dari Spark TV Channel (SMK Padang Kemunting)


Program berlangsung dengan menggunakan aplikasi 'Google Meet'


Alhamdulillah...ramai yang join pada malam itu๐Ÿ˜







Program telah berjalan lancar dan jayanya.
Terima kasih semua yang menjayakannya.
Penghargaan buat Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Malaysia, Sektor Sumber dan Teknologi  Pendidikan Negeri Terengganu, TV PSS Spark Channel SMK Padang Kamunting, PPD Daerah yang terlibat, SK Sultan Ismail, Guru-guru serta kawan-kawan yang sentiasa menyokong.

Salam Sayang
-Aimi-



Friday, April 17, 2020

JUMAAT BARAKAH

As salam

Salam Jumaat,
Penghulu segala hari.

'Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita hari ini'.

Seminggu menuju Ramadhan..



Salam Sayang
-Aimi-

Wednesday, April 15, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA KE 3

As salam...

Hai...kawan-kawan๐Ÿ™‹

Semoga sentiasa dalam keadaan baik ye semuanya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan untuk fasa ke 3 bermula 15-28 April 2020.
Fasa ketiga disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Semoga rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama yang baik bagi membantu kerajaan dalam menamatkan Covid-19.

Semoga Covid-19 dapat dihapuskan.

Aimi rindu nak pergi sekolah!!!


#dudukrumah
#kitajagakita
#covid-19

Salam Sayang
-Aimi-

Tuesday, April 14, 2020

KELAS 'ONLINE'

As salam...

Hai, kawan-kawan.

Apa khabar semuanya hari ini?

Harap sentiasa dalam keadaan sihat, duduk di rumah dan jaga diri.

Sama-sama kita doakan semoga Covid-19 cepat hilang.

Aimi rindu nak pergi sekolah, belajar dan jumpa kawan-kawan.

Tapi, walaupun cuti PKP ni..Aimi masih lagi buat ulangkaji dan belajar kat rumah.

Maklum lah..tahun ni kan UPSR๐Ÿ˜Š

Tak boleh leka ye kawan-kawan.

Cuti-cuti jugak, buku jangan dilupakan.



Ulangkaji bahan yang disediakan oleh Cikgu SK Sultan Ismail.

Sentiasa memastikan anak-anak muridnya jadi yang terBAIK!

Terima kasih cikgu๐Ÿ’“

Selain dari bahan yang diberikan oleh cikgu, Aimi jugak belajar secara dalam talian (online).





Alhamdulillah, seronok.

Sekurang-kurangnya dapat menambah ilmu pengetahuan.



Sijil-sijil hasil dari kelas online ๐Ÿ˜

Salam Sayang
-Aimi-

Monday, April 13, 2020

THE YELLOW APRON HASHTAG CHALLENGE

As salam....

Hai...kawan-kawan.

Masih ingat lagi tak Aimi pernah buat program 'Yellow Apron' bersama adik-adik dan kawan-kawan di Perpustakaan Awam Kemaman?


Alhamdullillah, saya adalah salah seorang sukarelawan yang menyumbang dalam program ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Sehingga 31 Mac 2020, Malaysia telah mendahului dengan 12,194 dalam program “READ ME A BOOK: ASEAN ROK IS READING”.

MALAYSIA BOLEH!!!

Salam Sayang
-Aimi-


'ANAK GANU BACA'


As salam..

Hai...kekawan.

Semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan #dudukdirumah yer.

Jaga diri dan kesihatan.

Pelancaran 'ANAK GANU BACA' telah dilancarkan secara maya oleh Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu, sempena bulan April telah diisytiharkan sebagai Bulan Gerakan Membaca. 

Ianya merupakan salah satu sokongan agar anak-anak Terengganu memanfaatkan masa yang ada semasa Perintah Kawalan Pergerakn (PKP) ini.





Ayuh kawan-kawan.
Gunakan masa yang terluang selain ulangkaji pelajaran atau bantu ibu bapa di rumah, kita MEMBACA untuk tambah ILMU!

Salam Sayang
-Aimi-


Sunday, April 12, 2020

TO OUR DEAR FRONTLINERS๐Ÿ‘ฉ‍⚕️๐Ÿ‘ฎ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿš’๐Ÿ’‚



Terima kasih wira & wirawati barisan hadapan yang berkorban masa, nyawa dan tenaga untuk memastikan Malaysia kembali seperti biasa.

 'We are praying for you๐Ÿคฒ๐Ÿป'



Salam Sayang,
-Aimi-


Friday, April 10, 2020

KEK MILO VIRAL !


As salam....

Hi๐Ÿ‘‹

Hari ni jadi chef ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ, 

Kek Milo viral 3 bahan je๐Ÿ˜œ

Very the simple..Boleh ikut resepi di bawah.๐Ÿ‘‡

Selamat Mencuba๐Ÿ˜








RESENSI BUKU BERKONSEP PANTUN

AS SALAM...


HI๐Ÿ‘‹


Harap semua sihat ye❤

Aktiviti untuk mengisi masa  semasa PKP ๐ŸŒน

Resensi Buku Berkonsep Pantun ๐Ÿ“‘


Klik pautan di bawah ye๐Ÿ˜‰

https://www.youtube.com/watch?v=sUew6mCh0bc&t=13s


Salam Sayang,
-Aimi-

DUDUK DI RUMAH


As salam..



Harap semua sihat ye ♡

Marilah kita sama-sama berdoa agar penyakit Covid-19 ini segera diangkat dan dihapuskan oleh Allah S.W.T.

Saya akan kongsi aktiviti yang dilakukan di rumah semasa PKP ini.

1) Memandangkan ramai yang telah menjadi chef dan semakin kerap berkongsi resepi di media massa,maka saya juga telah mencuba beberapa resepi yang menarik dan sedap.

2) Pada waktu pagi juga saya menyertai kelas online yang berlangsung di Live Youtube Channel Digital Classroom sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting pada bulan September nanti. Program ini khas untuk semua pelajar UPSR, PT3 dan juga SPM. Setiap hari, cikgu-cikgu yang cemerlang di Malaysia ini akan mengajar topik-topik baharu kepada semua murid yang menonton.

3) Masa yang terluang, saya akan menghabiskan masa untuk membaca novel yang telah dibeli namun tidak habis baca lagi sambil mendengar muzik kegemaran saya. Novel-novel tersebut memberikan saya inspirasi bagaimana untuk meneruskan hidup secara produktif dan selalu menjaga hubungan dengan sesiapa pun.

4) Tidak lupa juga untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Kami akan selalu berbual-bual tentang kehidupan seharian dan menasihati antara satu sama lain.

5) Guru-guru di sekolah juga selalu memberikan tugasan melalui aplikasi Whatsapp agar saya dan rakan-rakan saya tidak ketingggalan dalam pelajaran. Setiap hari, mereka akan memberikan penerangan dan latihan serta menyuruh kami merujuk buku teks untuk penerangan lebih lanjut.

6) Saya juga membersihkan bilik agar tidak berselerak dan lebih sedap mata memandang.

7) Saya juga berhubung dengan rakan-rakan melalui Instagram ketika waktu lapang.

8) Bermain game, merakam  video, menonton televisyen, mengedit blog dan gambar apabila bosan.

9) Membaca buku melalui website Portal Rasmi Perpustakaan Negara dan mengulang kaji pelajaran.

Kawan-kawan buat apa tu๐Ÿ‘€?

Salam Sayang,
-Aimi-๐Ÿ’–๐ŸŒบ