Saturday, October 24, 2020

MASJID LAPAN KUBAH

Assalamualaikum wbt.

Kebetulan ke Besut tempohari, semasa dalam perjalanan pulang kami singgah di Jerteh.

Kami ke Masjid Lapan Kubah, yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh.

Cuaca agak tidak mengizinkan, hari yang hujan.

Ianya mendapat jolokan sebagai Masjid Russia keran seni binanya seakan akan St. Basil Cathedral, Di Moscow Russia. 

Ia kini menjadi salah satu antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan ramai sama ada tupuan penduduk tempatan mahu pun luar negara.


 Alhamdulillah, sangat cantik dengan keunikan seni bina serta kombinasi warna kubah yang dicat berwarna-warni.

Bersama Mak kesayangan saya

Ayah saya!

Kawan-kawan boleh datang ke sini.
Menikmati keindahan rumah Allah.

Salam Sayang,
-Aimi-


Friday, October 23, 2020

CALON PKSK 2020

 Assalamualaikum wbt..

Disebabkan virus Covid-19, tahun 2020 UPSR bagi tahun 6 telah dibatalkan.

Hingga ke hari ini, kes masih lagi terus meningkat dengan kadar 800 lebih sehari..

Semoga kita semua rakyat Malaysia patuh dan akur dengan saranan kerajaan, bagi sama-sama menjaga SOP diri dan keluarga.

Pada 21 Oktober yang lepas, saya telah menduduki satu ujian kemasukan ke Tingkatan 1, sekolah khusus (SBP/SMKA)bagi tahun 2021. Pusat ujian yang ditawarkan di SK Sultan Ismail.

Alhmadulillah. Saya dapat menjawab dengan baik.



Usaha.
Doa.
Tawakkal.

Salam Sayang
-Aimi-

UJIAN UKKM

Assalamualaikum wbt.

Lama tak bersiaran.

Kebizian dalam menghadapi dua ujian besar, iaitu UKKM dan juga UKSBP bagi sesi kemasukan 2021.

Pada 13 Oktober yang lalu saya telah mendapat tawaran menduduki ujian secara atas talian untuk ke MRSM. 

Tempat ujian yang ditawarkan jauh dari kediaman, iaitu di MRSM Kota Putra Besut. 

Jauh perjalanan, banyak pengetahuan kan???


Cantik persekitaran MRSM Kota Putra ni

Ambik bacaan suhu

Urusan pendaftaran. Calon perlu mendaftar sendiri. 
Semak nama dan No. IC.


Alhamdulillah, dipermudahkan. 
Semakan tawaran akan keluar pada Januari 2021 nanti.

Salam Sayang
-Aimi-