Judul Buku : AKU MAHU SEOUL MATE
Penulis: AIN MAISARAH & RASHIELA NURAIN
Penerbit : BLINK BOOK SDN BHD
Ketebalan Muka Surat : 246
Tahun Terbit : 2015
Harga : Sem. Malaysia : RM 17 Sabah / Sarawak : RM 19
Resensi :
“Shazarina binti Azman atau panggilan manjanya Ina merupakan seorang pelajar di Sri Bangsar dan merangkap sebagai rakan baik Farah. Persahabatan mereka sangat rapat dan sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti ‘’Air yang dicincang tak akan putus”. Pada suatu hari, Ina mengajak Farah untuk mengunjungi kedai yang menjual alat kecantikan untuk mencari krim muka yang boleh merawat dagunya yang dipenuhi dengan jerawat dan mengganggu kecantikan mukanya sehingga dia terpaksa menutupnya dengan sapu tangan bercorak “Hello Kitty”. Apabila sampai disana, bukannya krim muka yang dicari tetapi OPPA Korea yang dijumpanya! Bermula disitu lah Ina dihantui oleh K-POP dan ingin melancong ke Korea. Mujurlah, hasratnya itu tercapai apabila pihak Pustaka Sri Bangsar menganjurkan Pertandingan NILAM dan hadiahnya adalah dua orang pelajar berpeluang untuk menjelajah bumi Korea yang sangat indah. Tetapi, malangnya Ina perlu pergi bersama musuhnya iaitu Fazura daripada kumpulan THE WANABABES yang gediknya tidak terkata. Ina dan Farah juga pelik mengapa Fazura boleh menang dan menyertai aktiviti yang Ilmiah. Namun, apakan daya, dia tidak boleh menolak takdir tersebut dan hanya redha. Sudah semestinya Fazura tidak pergi bersahaja dan dia mempunyai misi yang dirancang oleh kumpulannya untuk membalas dendam kepada Ina dan Farah. Apabila sampai di lapangan terbang, mereka berkumpul dan bersedia untuk berlepas. Semasa menunggu, Ina dan Farah dipelawa oleh seorang mak cik yang tua untuk makan biskut yang diberi nama “Biskut Nasib”. Memang sukar dipercayai tetapi sedap juga. Dalam kapal terbang , Ina tidak boleh berhenti membayangkan keindahan Korea manakala Fazura asyik tidur, muntah dan pening. Pada mulanya Ina gelisah, Fazura tersenyum penuh makna. Semuanya berubah 360 darjah selepas mereka makan biskut tadi. Ina lah yang menolong Fazura yang cerewet itu semasa dia sakit di Korea. Tidak dinafikan yang Fazura suka merungut dan membebel apabila mereka perlu berjalan kaki di bawah cahaya matahari yang sangat terik, perlu menaiki bas awam dan plbagai lagi rintangan yang mungkin biasa bagi Ina tapi luar biasa untuk Farah. Nasib mereka bertukar. Misi Fazura tidak berjaya. Ina berjumpa lelaki Korea idamannya. Lebih teruk lagi, Fazura hilang dan sesat di tengah bandar Korea tambahan pula pada waktu malam dan dia menerima khabar daripada orang gaji di rumah yang menyatakan bahawa ibu bapa Fazura meninggal. Siapa sangka….dari situ juga mereka mula berbaik. Apabila mereka berdua tiba di Malaysia, Fazura terkejut melihat ibu bapanya datang menyambutnya. Rupa-rupanya, bibiknya tersalah maklumat. Bagi Ina itu merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Fazura juga berterima kasih kepada Ina yang telah menjaganya melalui pesanan. Namun, mungkin juga semua itu terjadi disebabkan biskut misteri tersebut”.
Tema buku ini berbentuk persahabatan. Merangkumi isu keremajaan dengan K-pop yang popular pada masa kini. K-pop, merupakan gelombang yang sedang hangat diperkatakan. Dengan penampilan bermata sepet, wajah yang comel, rambut yang style serta aksi lincah menari. Sasaran penulis kepada golongan remaja yang gemar mengikuti trend (perkembangan semasa). Gambaran keseluruhan buku yang mempunyai 10 bab, menceritakan perjalanan hidup Ina serta dan rakannya. Penulis mengulas trend yang semakin digilai remaja iaitu K-pop, K-drama serta K-food yang terdapat di bumi Korea.
Pada pandangan saya, secara ringkasnya buku ini menggunakan bahasa dan teknik penceritaan yang mudah untuk difahami. Dari segi penceritaan setiap bab pula, jalan cerita yang digambarkan jelas dan teratur.
Setelah membaca buku ini, saya memperolehi info berkaitan K-pop! Oleh itu, saya cadangkan kepada rakan-rakan remaja yang meminati K-pop, boleh terokai buku ini.
Resensi oleh : Aimi Qazrina Binti Ikbarol Hakim (SK Sultan Ismail, Kemaman Terengganu)
E-mail : muni25578@yahoo.com
No comments:
Post a Comment