Friday, December 13, 2019

ULASAN BUKU (2)


Tajuk : Bedah Dah Popular

Pengarang : Que Lyana Shuhaimi

Tahun terbit : 2015

Penerbit : ANA MUSLIM SDN.BHD 


Bahan : Buku (Novel)






Ulasan : 

Nama diberi Natasya Amira tetapi semua orang memanggilnya '' Bedah'' . Bedah seorang budak perempuan yang montel dan suka berangan . Dia juga anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Tetapi, dalam 4 orang adik-beradik ini,Kak Najwa merupakan musuh ketat Bedah. Mereka suka bertengkar seperti ''Anjing dan kucing''. Pada suatu hari, Bedah menerima khabar yang emak dan ayahnya kemalangan . Bedah terkejut dan menangis. Daripada kemalangan itu juga hubungan Bedah dan Kak Najwa erat. Bedah telah berjaya kerana kini dia mempunyai sebuah kedai yang menjual keropok lekor keju dan lada hitam  dengan bantuan kakak dan rakannya.


Pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini ialah kita perlu tabah dalam menghadapi masalah dan tidak boleh berputus asa jika mahu berjaya.

Lots Of πŸ’–
-Aimi-

No comments: