Monday, December 23, 2019

ULASAN BUKU (4)


Tajuk : AKU MAHU SEOULMATE

Pengarang : AIN Maisarah & Rashiela Nurain 

Tahun Terbit : 2015

Penerbit : BLINK BOOK SDN BHD 

Bahan : Buku (Novel)







Ina terpilih untuk pergi ke Korea kerana dia telah menang dalam peraduan buku . Malangnya, dia terpaksa pergi bersama Fazura yang merupakan ahli The Wanababes. Siapa sangka .....Fazura, gadis paling gedik di dalam The Wanababes boleh menang peraduan berunsurkan buku dan ilmiah. Ina gelisah, Fazura senyum penuh makna . Ina baru pertama kali ke Korea. Fazura sudah berkali-kali ke sana . Penerbangan Fazura ke Korea kali ini juga membawa misi. Dendam The Wanababes kepada Ina masih berapi. Namun, semua bertukar 360 darjah selepas Ina dan Fazura makan biskut rahsia. Rancangan Fazura gagal. Malah, Ina yang banyak membantunya di Korea. Kini, mereka menjadi sahabat. 

Pengajaran yang diperoleh daripada cerita ini adalah kita tidak boleh berdendam dengan sesiapa pun, sebaliknya, memaafkan orang yang melakukan kesalahan dan sentiasa berfikir positif.


Lots Of πŸ’–
-Aimi-

No comments: